Pada 19 hingga 20 Disember 2023 telah berlangsungnya Bengkel Semakan Undang-Undang Kecil Koperasi Guru Quran – Tajwid Kedah Berhad di The Jerai Hotel Sungai Petani.
Bengkel bermula pada 9.00 pagi, 19 Disember 2023 (Selasa) dengan ucapan pembukaan majlis oleh setiausaha, Ustazah Rohaizi Binti Nanyan dan bacaan doa oleh Ustaz Muhd Al Hafiz Bin Mansor. Selepas itu, diteruskan dengan pembincangan semakan undang-undang kecil mengikut kumpulan.












Aktiviti pada sebelah petang melawat kawasan Berangan Pool Cottage yang juga mempunyai Aqua Park, Dewan dan Campsite.








Bengkel semakan undang-undang kecil bersambung pada 8.15 malam untuk pembentangan oleh setiap kumpulan.


Pada 20 Disember 2023 (Rabu) bengkel bersambung dengan pembentangan oleh kumpulan yang belum sempat bentang, rumusan dan sesi soal jawab. Bengkel ini selesai sekitar pukul 12.00 tengahari.





