Pada 26 hingga 27 November 2025, telah berlangsung Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Koperasi Guru Quran – Tajwid Kedah Berhad bertempat di Chalet d’Dusun Koop, Changloon, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan, meneliti serta menambah baik prosedur kerja berkaitan Pembiayaan Bai Al Inah , Kebajikan Am dan pengurusan Chalet. Sepanjang dua hari bengkel ini dijalankan, para peserta yang terdiri daripada anggota lembaga dan staff koperasi telah berbincang secara terperinci mengenai proses kerja sedia ada, mengenal pasti kekangan yang dihadapi serta mencadangkan penambahbaikan yang lebih sistematik dan efisien.
Di sini turut disertakan beberapa gambar sepanjang bengkel berlangsung bagi menggambarkan perjalanan aktiviti, sesi perbincangan serta penglibatan peserta sepanjang dua hari program ini dijalankan.