Kerja-Kerja Pengukuran Tapak Pembinaan Homestay

Pada 29 Disember 2020 (Selasa) lalu, anggota Lembaga Koperasi turun padang dalam kerja-kerja pengukuran tapak pembinaan homestay di tapak dusun milik Koperasi Guru Quran- Tajwid Kedah Berhad. Koperasi telah memilih syarikat Beena Kitchen Cabinet & Aluminium Renovation Enterprise untuk pembinaan homestay ini.

Pembayaran Zakat 2020 bagi Akaun Akhir 31 Disember 2019

JITRA, 21 OKTOBER – Koperasi Guru Quran Tajwid telah melaksanakan bayaran zakat untuk akaun akhir 31 Disember 2019. Akad pembayaran zakat ini diadakan di Pejabat Koperasi Guru-Guru Quran Tajwid di Bandar Darulaman, Jitra pagi kemarin. Akad dilaksanakan oleh Encik Mohd Shafaril Bin Muhammad Padin, Penolong Pengurus Eksekutif Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu bersama Pengerusi Lembaga …

Pembayaran Zakat 2020 bagi Akaun Akhir 31 Disember 2019 Read More »

Mesyuarat Agung Tahunan (Perwakilan) Koperasi Guru Quran Tajwid Kedah Kali Ke 32 Tahun 2020

JITRA, 5 SEPTEMBER – “Kita seharusnya berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh koperasi sehingga ke hari ini,” kata Pengerusi Lembaga Koperasi, Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya dalam ucapan beliau. Beliau juga memberitahu bahawa koperasi telah menambah aset sedia ada dengan tujuan mengembangkan lagi pendapatan sedia ada. Bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 32 …

Mesyuarat Agung Tahunan (Perwakilan) Koperasi Guru Quran Tajwid Kedah Kali Ke 32 Tahun 2020 Read More »