JITRA, 21 OKTOBER – Koperasi Guru Quran Tajwid telah melaksanakan bayaran zakat untuk akaun akhir 31 Disember 2019. Akad pembayaran zakat ini diadakan di Pejabat Koperasi Guru-Guru Quran Tajwid di Bandar Darulaman, Jitra pagi kemarin. Akad dilaksanakan oleh Encik Mohd Shafaril Bin Muhammad Padin, Penolong Pengurus Eksekutif Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu bersama Pengerusi Lembaga Koperasi, Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya .




